Shamsuddin Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Tan Sri Dato' Seri

Shamsuddin Abdul Kadir

PSM; SPCM, DPCM (Perak); JMN, AMN
Kelahiran
Shamsuddin bin Abdul Kadir

(1931-08-19) 19 Ogos 1931 (umur 92)
PekerjaanAhli perniagaan
Terkenal keranaPengerusi Eksekutif
Sapura Group
Pasangan
  • Puan Sri Sapura Husin
  • Mariam Parineh Nariman
Anak-anak
  • Tan Sri Shahril Shamsuddin
  • Dato' Shahriman Shamsuddin


Tan Sri Dato' Seri Shamsuddin Abdul Kadir (lahir 19 Ogos 1931) merupakan pengerusi dan pengasas syarikat telekomunikasi Sapura Group.

Isteri pertama[sunting | sunting sumber]

Isteri pertama beliau ialah Puan Sri Siti Sapura Husin. Nama Sapura kemudian digunakan untuk semua syarikat telekomunikasi yang diusahakan mereka. Yayasan Shamsuddin Abdul Kadir telah ditubuhkan dan banyak membantu mereka yang miskin dan menderita. Antaranya ialah membantu mangsa tsunami di Aceh pada 2004.

Perkahwinan kedua[sunting | sunting sumber]

Pada 22 November 2007 ketika berusia 70 tahun, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir telah melangsungkan perkahwinan dengan Mariam Parineh Nariman. Isteri keduanya itu berusia 30 tahun merupakan rakyat Iran.

Majlis perkahwinan telah diadakan The Mines Lake House, Seri Kembangan, Selangor. Majlis akad dinikah dilakukan oleh Ustaz Aluwi Parman iaitu Ketua Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Antara kenamaan yang hadir ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar dan isteri Toh Puan Hamidah Abdul Hamid.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Tan Sri Shamsuddin telah memfailkan saman[1] keatas kedua-dua orang anak lelakinya berkaitan pemilikan harta.

Novel Panas Salju[sunting | sunting sumber]

Dalam novel Panas Salju karya Dr Talib Samat dari Universiti Pendidikan Sultan Idris turut memaparkan watak jutawan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir. Novel Panas Salju menjadi teks sastera tingkatan 3 di Malaysia. Novel ini mengisahkan kisah nyata tentang Nadhirah binti Zulkkifli yang sakit hati dan hempedu dan menerima pemindahan hati dari ibunya Bushrah.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]